Thursday, August 28, 2008

Kad kahwin.


Kisah Mama Ammar episod 2.

Di-sebabkan masing-masing sibuk dengan karier dan saya dengan Ammar,maka persahabatan kami,banyak menggunakan handphone. Nak jumpa,dan berjalan-jalan susah sekali. Ada la,kami berjumpa kat KLCC,bawa Ammar,jalan-jalan. Dari situ,saya lihat mama Ammar,boleh terima Ammar sebagainya anaknya.Masa tu,keluarga saya seorang pun tidak tahu yang saya ada kawan yang istimewa. Disaat nak bertunang baru saya beritahu,emak pastilah gembira,akhirnya ,Ammar ada mama dan saya ada teman.
Pada penghujung tahun 2007,mama Ammar pun mengerjakan ibadat haji kat Mekah. Saya kata kat dia,awak berdoalah kat depan kaabah,mohonlah kat Allah,adakah saya calun suami awak. Sekiranya makbul doa awak,balik daripada Mekah kita kahwin. Balik daripada menunaikan haji, mama Ammar bersetuju untuk menjadi isteri saya. Saya katakan mungkin makbul doa awak kat sana. Balik bulan Jan'08, bulan Mac'08 saya pun menghantar rombongan memimang. Kami bertunang tak lama,dalam masa tiga se-minggu sahaja. Akhirnya,pada 15/3/08 sahlah kami sebagai suami-isteri dengan sekali akad.