Wednesday, October 8, 2008

Hari Raya Aidul Fitri Hari Kedua.

Petang raya pertama saya dan keluarga balik ke Batu Gajah beraya dirumah mama Ammar. Sebelum balik kerumah emak,kami beraya di rumah abang dan kakak mama Ammar. Kebanyakan abang dan kakak mama Ammar tinggal di sekitar Batu Gajah.Jadi senanglah nak berkunjung dan beraya.
Hari raya kedua,pada jam 12.30tengahari kami bertolak ke Lumut. Sampai ke Lumut pada pukul 1.00 petang. Check-in dekat Marina Dove Resort. Resort ini 1km daripada Teluk Batik. Saya dan keluarga menginap di studio apartment yang ada satu bilik. Lengkap dengan TV,peti sejuk, dan sebagainya. Kakak ipar dan keluarga mengidap apartments 3 bilik. Lengkap dengan kitchen,tv dan sebagainya. Kumpulan mereka ada 7 dewasa dan 4 kanak-kanak. Apartment itu memang selesa. Resort ini ada taman tema permainan tapi lebih sesuai untuk kanak-kanak. Dewasa RM7 per entry,kanak-kanak RM5 per entry.
Selepas masuk bilik,kami pun pergi ke taman tema membawa budak-budak mandi. Tempatnya dekat dengan laut. Seronoklah mereka mandi,kami yang dewasa pun mandi sekali. Kami mandi sampai petang. Selepas mandi,memasing mula terasa lapar,ada sessi makan sate yang telah siap kami bawa dari rumah dalam 200 cucuk.
Selepas isyak kami semua pergi makan malam disebuah restoran makanan laut berdekatan dengan resort. Kami makan ikan siakap masak sweet & sour,tom yam campur,sayur kailan ikan masin,udang goreng mentega. Minuman pula air tembikai. Apa lagi,masing-masing makan macam tak ingat dunia. Sampai tak teringat yang kita sedang beraya untuk hari yang kedua. Selepas makan pergi kepekan Lumut sekejap ambil angin laut. Selepas itu balik ke resort dan tidur.
Hari raya yang ketiga bangun pagi,dan pukul 8.30pagi sarapan diresort secara buffet. Ada nasi lemak,bihun goreng,roti bakar dengan jem,ada mee sup dan kari dan macam-macam lagi. Apa lagi,almaklum sebulan berpuasa,makan pagi pun serupa macam tak ingat dunia. Pengunjung kat resort tersebut ramai juga dan yang ramainya adalah orang kita Melayu. Dalam hati berkata,mereka ni tak beraya ke...atau dah jadi trend orang kita sekarang ini, masa raya pergi melancong.
Selepas sarapan,kanak-kanak mandi dikolam renang yang terdapat di resort tersebut. Saya dan mama Ammar serta kakak ipar pergi ke pekan Lumut untuk membeli ikan kering yang emak pesan,juga pergi ke ATM untuk mengeluarkan sedikit wang. Pukul 11.30 kami check-out. Kami punya apartments dalam RM151.00,sementara kakak ipar dalam RM350.00. Selepas itu kami pun pergi berkelah ke Teluk Batik,ada dua keluarga mama Ammar yang telah sampai dari Batu Gajah.
Mereka datang dengan bermacam-macam bekalan ada nasi lemak,bihun goreng,lemang,rendang tok,beranika air. Disebabkan dah sarapan dekat resort memasing dan kekenyangan dan tidak lalu makan. Sampai diteluk balik,cuaca panas. Disebabkan kanak-kanak dah puas mandi,mereka pun tidak hendak mandi laut. Kami yang dewasa lagi la,malas nak mandi. Cuba bersantai-santai ditepi laut sahaja. Disebabkan kami dah puas mandi dan penat,saya dan kakak ipar minta balik dahulu. Bergerak dari Teluk Balik dalam pukul 3.00petang dan sampai ke Batu Gajah dalam pukul 4.00ptg.