Friday, October 10, 2008

Hari Raya Aidul Fitri Hari Keempat.

Selepas balik dari Lumut,malam itu juga saya dan keluarga balik ke Gopeng. Sampai Gopeng dalam pukul 7.00malam. Abang dan kakak-kakak,semua sudah balik kerumah sendiri. Cuma abang yang duduk dekat Sungai Siput belum balik. Hari sabtu pagi baru nak balik. Malam itu,tidur dengan nyenyak sekali dekat rumah emak.
Pagi Sabtu,selepas keluarga abang Sungai Siput balik,saya dan mama Ammar ,emak dan ayah pun melakukan pembersihan rumah. Saya dan mama Ammar 'dobi' kain dan tuala. Lepas tu cuci dapur dan bilik air. Emak sapu rumah,ayah sapu halaman rumah. Akhirnya, rumah emak pun kemas dan bersih saperti biasa.
Dalam pukul 11.00 pagi,kami pun pergi ke rumah kakak di Lahat,Ipoh. Makan tengahari dan solat Zohor di rumah beliau. Selepas solat Zohor, kami pergi ke rumah seorang lagi kakak di Kampung Datuk Ahmad Said,Ipoh. Makan malam di rumah kakak dan lepas isyak kami balik ke Gopeng.
Hari raya yang kelima,kami bertolak balik ke SU pada pukul 9.00pagi dan sampai dalam pukul 11.30pagi. Balik awal takut petang nanti jalan sesak.