- Semestinya orang Perak,kalo boleh dekat dengan kampung.
- Mesti seorang yang pakai tudung
- Mesti seorang yang tidak pakai cermin mata
- Mesti kerja kat Selangor atau KL,maklumlah dah menetap kat SU
- Dara dan tidak mahu janda
- Yang penting,mesti dapat menerima saya seadanya dan terima Ammar sebagai anaknya sendiri.
Akhirnya,saya pun cuba la 'contact',mama Ammar dengan no hp yang beri,oleh kawan tersebut. Alhamdullilah,mendapat respon yang baik. Maka bermulalah episod,bersembang-sembang dalam talian. Akhirnya,kami memutuskan untuk bersua muka. Disebabkan kakak mama Ammar ada rumah kat SBCR walaupun rumah dah siap,mereka belum duduk dekat situ,cuma datang sekali-kala sahaja. Akhirnya,mama Ammar hendak datang ke SU dan nak berjumpa. Saya pun setuju,suatu petang tu mama Ammar pun datang,disebabkan tiada tempat untuk duduk dan bersembang,saya mengsyorkan untuk pergi kat kawasan rumah contoh glomac kat SU3.
Disitulah permulaan perjumpaan kami,Ammar pun ikut sekali, Ammar tanya,"ayah,siapa perempuan ni". Saya jawap"kawan ayah,nak beli rumah kat sini". Pertemuan pun tak lama,sekejap sahaja. Biasalah pertemuan pertama,mesti ada malu-malu dan sebagainya. Hati saya berdetik,jika ini lah,jodoh yang Allah perkenankan untuk saya,saya terima seadanya.
Lupa plak,ciri-ciri mama Ammar memang ada saperti ciri yang tersebut diatas. Orang Batu Gajah,dekat dengan Gopeng,pakai tudung,tidak pakai cermin-mata,kerja kat Shah Alam tapi duduk kat KL,masih dara dan dapat menerima Ammar sebagai anaknya dan menyayangi kanak-kanak.
Ok cukup setakat ni,nanti saya sambung balik. Tunggu............