Thursday, September 11, 2008

Kereta.

Sepanjang hayat saya,saya menggunakan 3 biji kereta. Kereta yang pertama Kancil. Cukup lima tahun jual. Kereta yang kedua Kenari,cukup lima tahun,jual. Kereta yang terbaru Proton Iswara,warna hitam,atau kawan-kawan,gelar kereta kebal. Ketiga-tiga kereta saya,kereta baru.
Saya seorang yang tidak kisah tentang kereta,asal boleh jalan dan tiada masalah. Saya seorang yang tidak tahu hendak 'modified' kereta. Kalau masa beli macam itu,cukup lima tahun macam tu jugak. Apa yang saya jaga minyak injin dan air bateri. Cukup masa untuk servis,saya akan buat servis.
Itu pasal kalau saya beli kereta,saya akan pastikan kereta yang saya beli,'full accessories',maksudnya,ada air-cond,power steering,ada cassette & radio,sport rim,power window dan sebagainya. Dalam kereta saya yang saya pasang hanya radio sahaja,cassette jarang sekali.
Saya juga 'daif', tentang kompanen-kompanen dalam kereta. Itu antara sebab,kenapa saya beli kereta baru,kalau beli kereta second-hand,tentu mengundang berbagai-bagai masalah,sedangkan saya bukan tahu apa benda pun. Secara keseluruhan kereta saya berkeadaan ok. Untuk pengetahuan,kereta saya digunakan untuk balik kampung dan pergi bejalan-jalan. Kalau saya pergi kerja,saya naik motosikal. Satu lagi sikap saya ialah saya tidak suka hendak meminjam kereta orang,hatta adik dan abang sendiri. Saya lebih suka naik kereta sendiri.