Wednesday, August 20, 2008

Emar Ammar episod 5.

Terima kasih kepada yang membaca blog saya. Tujuan saya tulis kat blog ni,hanya nak menulis apa yang terbuku didalam hati ini selama ini.
Setelah sel kanser tersebut menyerang keparu-paru emak Ammar,keadaan kesihatan emak Ammar tidak begitu baik. Badan menjadi kurus, kerana tidak lalu makan. Nafas pun tersekat-sekat kerana sel kanser tersebut menyerang paru-paru. Tapi routine perubatan kena teruskan juga. Kali ini kena buat radioterapi kal HKL sebanyak 20 kali. Bayangkan baru habis kimoterapi ,kena buat yang lain pulak. Tetapi disebabkan mengenangkan Ammar,emak Ammar pun ikut juga. Kekadang saya pun terdetik di hati,Ya Allah,kalau diri ini yang ditakdirkan terjadi begini, adakah aku akan setabah emak Ammar menghadapinya.
Masa tu emak Ammar kena tinggal wad,tetapi memandangkan buat radioterapi tersebut hanya sekitar 10-20 minit saja,emak Ammar mengambil keputusan untuk berulang. Akhirnya,habis juga radioterapi tersebut. Keadaan emak Ammar masa tu susah nak dikatakan. Tapi saya dah reda dengan apa juga yang akan terjadi terhadap emak Ammar. Kasihan saya melihat penderitaan yang ditanggung olehnya. Kekadang, terdetik juga kat hati, Ya Allah,kalau engkau boleh memindahkan apa yang di rasai oleh Emak Ammar,engkau pindahlah kepada-ku. Biar aku merasa apa yang emak Ammar rasai.
Keadaan emak Ammar,walau pun tidak baring aje,tapi tidak boleh membuat apa-apa kerja. Sampaikan mandi dan buang air besar saya kena tolong. Satu petang,saya bawa emak Ammar dan Ammar main kat padang Jln Anggerik. Melihat Ammar gembira bermain,Emak Ammar pun berkata. Bang,"sian kan Ammar,kalau emaknya tiada,ammar masih kecil dah tiada emak". Saya jawap, "Itu semua Allah yang berkuasa,kalau Ia nak mengambil nyawa kita,tak semestinya yang sakit,yang sihat pun boleh meninggal. Saya berjanji akan menjaga Ammar selama-lamanya,jangan risau",kata saya.
Akhirnya, pada 23hb April 2005,emak Ammar pun dipanggil Allah. Saya pernah berdoa masa solat, Ya Allah,aku reda atas apa yang akan terjadi seterusnya. Disebabkan saya dan puas menjaganya,pada masa nazaknya dan kematian saya tidak mengeluarkan air-mata walau-pun setitik.
Cukup setakat ni....sedih saya nak meneruskan episod ini.

Ayah Saya.

Ayah seorang yang tegas dalam mendidik anak-anak,biasanya kami lebih rapat kepada emak daripada ayah.Ayah saya seorang yang tinggi lampai dan masa tu bekerja sebagai buruh di Gopeng Consolidated,sekarang dipanggil Gopeng Berhad. Al-maklum,Gopeng termasuk dalam daerah Kinta yang banyak bijik timah. Kerja buruh di lombong bijih memerlukan tenaga yang banyak,selalunya ayah akan bekerja syif. Masa tu ayah bergi kerja menaiki basikal.

Gaji pada masa tu tak banyak,cukup-cukup untuk makan sepuloh ahli keluarga sahaja. Sudah menjadi kebiasaan penduduk kampung menbuat kerja sambilan untuk menampung kehidupan.

Ayah dalam masa tu membuat bermacam-macam kerja kampung. Menoreh getah,berkebun sayuran dan sebagainya. Di-hadapan rumah saya ada empat kolam ikan. Ayah akan memelihara ikan kap rumput untuk jualan. Masa tu,pasaran ikan memang ada untuk makanan pekerja dikongsi lombong. Makanan ikan kap adalah daun ubi dan rumput.Selepas balik kerja selalunya ayah akan mencari daun ubi dan rumput untuk makanan ikan.

Bagi pihak kami sekeluarga,kami memang tak keputusan bekalan sumber protin. Ini disebabkan kalau nak buat lauk,selalunya ayah akan menjala ikan atau kami akan memancing ikan di kolam. Setelah beberapa lama bekerja, ayah berkemampuan untuk membeli motosikal dan senanglah berulang alik ketempat kerja. Walaupun ayah tidak pelajaran tinggi,tapi ayah tetap pentingkan pelajaran. Hidup kami pada masa tu,sederhana aje.

Begitulah routine harian ayah membesarkan kami lapan beradik. Sekarang ayah masih sihat dan berumur dalam 80 tahun. Masih pergi kekebun dan kalau kat rumah memang tidak duduk diam. Ada aje kerja yang dibuatnya. Ayah dan emak sudah mengerjakan haji dengan duit simpanannya sendiri dan ada pergi umrah juga. Mungkin usia meningkat ayah sekarang rapat dengan anak-anak,mungkin dia merasakan sunyi tanpa anak-anak.

Ayah dan emak tinggal hanya berdua kat kampung,anak yang paling dekat ada di Ipoh,lebih kurang 12km daripada Gopeng. Tapi kami adik-beradik selalu berhubung melalui telefon. Apa yang doakanm,semoga ayah berada dalam keadaan sihat dan walafiat. Semoga kami akan merasa kenikmatan