Thursday, July 30, 2009

Salam untuk Semua.

Salam untuk semua.
Dah lama saya tak update blog ini apa. Tadi dengan disebabkan sibuk dengan kerja dan tugas yang lain-lain. Tugas di pejabat yang tak pernah habis-habis. Sementara itu mama Ammar dah mula bekerja 12 jam setiap hari. Dari pukul 7 pagi sehingga 7 malam setiap hari. Dari hari Isnin sampai Sabtu. Hari Ahad pun buat OT sehingga pukul 3 petang. Jadi kebanyakan kerja rumah saya yang buat.
Pagi bangun dari tidur....solat subuh,masak air.....dan macam-macam lain la. Juga hantar Ammar kesekolah Agama. Lepas itu saya jogging selama setengah jam. Kemudian baru pergi opis. Dekat opis,keja yang tak pernah habis-habis. Jam 6 kena balik,saya tak pernah stay back,kerana mama Ammar sampai jam 8 setiap ari. Itu la,routine saya setiap hari.
Disebabkan jogging dan senamrobik setiap hari sabtu dan ahad,berat badan saya pun dah berkurang. Juga saya amalkan diet yang sihat. Pagi saya makan roti dan kuih,tengahari makan nasi dan lauk dlm kuantiti yg sedikit dan malam makan roti. Alhamdullilah adalah perubahan pada diri saya.

Monday, February 16, 2009

Tag.

Nak sambung tag tadi dah terpost:-

7. Umur dah meningkat,saya lebih ingat kepada kematian dan berdoa agar saya dimatikan dalam keadaan beriman.

8. Cepat rasa kasihan kepada benda-benda yang sedih,contoh kat Gaza.

9.Bersyukur dengan apa yang Allah berikan kepada saya selama ini.

10.Suka kepada kedamaian dan ketenangan.

11. Tidak suka kepada orang yang penipu dan talam dua muka.

Nanti fikir lagi.
.Syarat dan peraturannya adalah;
Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh, ataupun hala tuju hidup anda
Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini
Sila tanda manusia yang telah menanda anda diperingkat awal
Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupny ketika bayi.Aku tak pernah mengtag-tag ni.

MJ yang tag aku.

1. Saya seorang yang peramah dan baik budi bahasa.

2.Hobi suka jogging setiap pagi dan senam robik setiap pagi Sabtu dan Ahad.

3.Lepas isteri dan emak meninggal menjadi sensitif kalo ada kematian.

4. Suka memasak terutama muffin dan kek.

5. Suka mengaji al-quran,walaupun belum banyak yang perlu diperbaiki.

6. Suka pendam perasaan dan susah meluahkan apa juga kepada seorang walaupun isteri sendiri.

Friday, December 5, 2008

Bogel.

Ni sebenarnya tak tahu nak tulis apa. Tapi memandangkan dah lama tak update blog takut berabuk pulak.
Ok la, tajuk ni pasal bogel. Ini bukan cerita XXX. Ala ni cerita pasal penduduk PPRT yang tidak puas hati diatas sewa bulanan rumah mereka yang hendak dinaikkan oleh pihak kerajaan Negeri Selangor.
Sanggup berbogel dekat pejabat SUK. Hiss.....tak berkenan bebenor teman wei.... Idak ke malu nak mendedahkan aurat ditempat terbuka. Kalau ya pun nak buat protes,buat la cara lain. Berkhemah reramai kat perkarangan pejabat SUK ke....atau berarak secara aman ke....ni idak berbogel. Apa la nak jadi dunia sekarang kan...kita manusia sanggup melakukan benda yang terfikir kita boleh lakukan. Teman tahu benda ni tak jadi,tapi cuba la bayangkan berbogel dikhalayak ramai. Engkau tengok aku,aku tengok engkau. Eiiii.....geli teman.
Kalau jadi juga,hei terkenallah negara kita diseantero dunia kan.
Semua tahu,benda tidak jadi,alhamdullilah.

Sunday, November 23, 2008

Hujan.

Nak cerita mula dari mana ye.....Ari ni aku sampai opis dengan keadaan yang basah. Ini disebabkan hujan telah turun dekat Saujana Utama semenjak pukul,kalo tak silap aku 4.00 pagi. Sampai kat opis jam 9.30pagi pun masih hujan. Ialah,sekarang dah masuk bulan tengkujuh,boleh katakan setiap hari hujan. Kalau tak pagi atau petang. Saya kalau hujan pagi ni memang tak berapa suka,sampai opis basah. Kalau petang hujan tak mengapa,sampai dekat rumah kuyup pun tidak mengapa. Bukan tidak ada kereta,tapi mengenangkan kalau hujan,jalan bertambah sesak,itu yang redah jugak dengan motosikal. Hujan juga akan menyebabkan baju kita basah,walaupun ada memakai baju hujan.
Hujan adalah rahmat yang Allah s.a.w berikan kepada kita,saya tidak pernah menidakkan apa yang Allah s.a.w beri,cuba sekadar menulis mengenai hujan sahaja. Satu lagi,saya tidak boleh kena air hujan dekat kepala,kalau kena hujan,alamat sakitlah kepala. Kalau pakai topi keledar tidak mengapa.Hujan ini ada keburukan dan kebaikan.
Keburukan-nya:-.
1. Kalau hujan lebat sangat,sampai 2/3 ari,boleh jadi banjir.
2.Boleh meranapkan rumah yang terletak berhampiran bukit atau sungai.
3.Bagi penoreh getah,tidak boleh pergi menoreh,pokok basah.
4.Banyak memusnahan yang boleh disebabkan oleh hari hujan. Saya rasa kita semua pun tahu.
6. Astro tak ada gambar.....keh...keh...
Kebaikannya:-
1. Longkang dan parit bersih.
2. Seronok tidur,leh buat anak...keh...keh...
Aku rasa ada banyak lagi ,jadi,minta kawan-kawan yang lain tolong sambung keburukan dan kebaikan hari hujan..........

Monday, November 17, 2008

Cuti Sekolah.

Cuti sekolah sudah bermula. Ammar seperti murid-murid lain pun mula bercuti. Disebabkan Sek Ren Agama Omar Zuhdi masih bersekolah saperti biasa ,jadi Ammar pun terpaksa la pergi sekolah. Ini baik,sekurang-kurang ada la masa untuk belajar agama dan tidak hanya melepak di taska sahaja.
Pihak Sek Agama Omar Zuhdi menekankan pembelajaran membaca Al-Quran dan solat semasa dua bulan ini. Disebabkan kebanyakan murid-murid menpunyai agenda yg tersendiri,saperti balik kampung,pergi bercuti dan sebagainya,kehadiran murid tidak la seramai masa hari persekolahan biasa.
Kami belum merancang untuk membawa Ammar berjalan-jalan,tengok keadaan dan cuti yang kami ada.

Minyak Turun.

Ini pasal minyak yang sedang turun sehingga RM2.00 per liter. Saya setuju bebonar dengan penurunan harga minyak. Dengan masalah ekonomi global yang tidak menentu,sekurang-kurangnya dapat menggurangkan beban pengguna. Pada mendapat saya harga minyak dikira murah sekiranya harga kurang daripada RM2.00 per liter.
Jadi saya berharap agar penghujung tahun ini biarlah harga minyak dikurangkan lagi dan menjadi dibawah RM2.00 per liter. Sudah menjadi kelaziman kita yang hidup di Malaysia ini,kalau harga minyak naik secara otomotik harga barangan lain naik. Dari yang sebesar-besar barang saperti lori,kereta kepada sekecil-kecil barang,contohnya kuih-muih dan nasi lemak.
Juga menjadi kelaziman bagi kita di Malaysia,seandainya ada penurunan harga minyak, begitu susah peniaga nak menurunkan harga barangan. Yang susah kita sebagai pengguna.
Saya ingat lagi, masa minyak naik hari tu,secara otomotik tambang Van Ammar naik dalam RM5 dan RM3.
Ini harga minyak dah turun,harga tambang van masih sama. Jadi kita fikirkanlah bersama,apa penyebab yang menjadikan perkara ini berlaku?.