Sunday, November 23, 2008

Hujan.

Nak cerita mula dari mana ye.....Ari ni aku sampai opis dengan keadaan yang basah. Ini disebabkan hujan telah turun dekat Saujana Utama semenjak pukul,kalo tak silap aku 4.00 pagi. Sampai kat opis jam 9.30pagi pun masih hujan. Ialah,sekarang dah masuk bulan tengkujuh,boleh katakan setiap hari hujan. Kalau tak pagi atau petang. Saya kalau hujan pagi ni memang tak berapa suka,sampai opis basah. Kalau petang hujan tak mengapa,sampai dekat rumah kuyup pun tidak mengapa. Bukan tidak ada kereta,tapi mengenangkan kalau hujan,jalan bertambah sesak,itu yang redah jugak dengan motosikal. Hujan juga akan menyebabkan baju kita basah,walaupun ada memakai baju hujan.
Hujan adalah rahmat yang Allah s.a.w berikan kepada kita,saya tidak pernah menidakkan apa yang Allah s.a.w beri,cuba sekadar menulis mengenai hujan sahaja. Satu lagi,saya tidak boleh kena air hujan dekat kepala,kalau kena hujan,alamat sakitlah kepala. Kalau pakai topi keledar tidak mengapa.Hujan ini ada keburukan dan kebaikan.
Keburukan-nya:-.
1. Kalau hujan lebat sangat,sampai 2/3 ari,boleh jadi banjir.
2.Boleh meranapkan rumah yang terletak berhampiran bukit atau sungai.
3.Bagi penoreh getah,tidak boleh pergi menoreh,pokok basah.
4.Banyak memusnahan yang boleh disebabkan oleh hari hujan. Saya rasa kita semua pun tahu.
6. Astro tak ada gambar.....keh...keh...
Kebaikannya:-
1. Longkang dan parit bersih.
2. Seronok tidur,leh buat anak...keh...keh...
Aku rasa ada banyak lagi ,jadi,minta kawan-kawan yang lain tolong sambung keburukan dan kebaikan hari hujan..........