Tuesday, September 2, 2008

Sambung pantun tadi

Tertekan post pulak,sepatutnya ada sambungan.

Payang terletak diatas para
Diatas para ada peria
Anak bini hidup merana
Sengsara mereka kerana kita

Diatas para ada peria
Peria dimasak dengan bayam
Sengsara mereka kerana kita
Fikir dulu sebelum pinjam

Peria dimasak dengan bayam
Beli bayam dipasar tani
Fikir dulu sebelum pinjam
Hidup selamat keluarga damai

Beli bayam dipasar tani
Pasar tani diKuala Langat
Hidup selamat keluarga damai
Along durjana Along keparat

Pasar tani di Kuala Langat
Kuala Langat jauh sekali
Along durjana Along keparat
Nyah kau,dari hidup kami.

Pantun Lagi.

Tak tahu nak tulis apa,ilham belum muncul,jadi saya nak terus dengan berpantun. Pantu ni merapu sikit dan tidak khusus untuk bulan puasa sahaja. Diharap sudi lah membaca pantun daripada saya.

Pisang emas bawa belayar
Masak sebiji diatas payang
Hutang Along kena bayar
Tidak bayar nyawa melayang

Masak sebiji diatas payang
Payang terletak diatas para
Tidak bayar nyawa melayang
Anak bini hidup merana

Pantun Ramadan

Ramadan,bulan yang mulai kembali lagi. Bersyukur kita kepada Allah,diberikan kita peluang untuk bersama-sama di ramadan ini. Dikesempatan ini,saya ingin mengucapkan selamat menyambut ramadan al-mubarak kepada semua. Semoga kita mendapat banyak pahala dibulan yang mulia ini. Sempena bulan ramadan ini,saya akan bercerita tentang sambutan ramadan semasa saya masih kecil dikampung,nanti saya akankan ceritakan. Buat permulaan,biarlah saya mula-kan dengan beberapa rangkap pantun. Sementelah dah lama bebenor,teman tak berpantun.

Malam hari pergi menuba
Menuba ikan diSungai Rembia
Bulan puasa bulan mulia
Tingkatkan amalan kita semua

Menuba ikan di Sungai Rembia
Dapat ikan banyak sekali
Tingkatkan amalan kita semua
Kurangkan mengata juga mencaci

Dapat ikan banyak sekali
Sedap dimasak asam laksa
Kurangkan mengata juga mencaci
Semoga pahala berlipat ganda

Sedap dimasak asam laksa
Asam laksa dari Inderagiri
Semoga pahala berlipat ganda
Shurga akhirat yang kita cari

Asam laksa dari Inderagiri
Inderagiri kota yang damai
Shurga akhirat yang kita cari
Disisi Allah yang dihajati.