Saya rasa ujian yang Allah berikan kepada saya,tidak-lah sebesar mana dan sehebat mana,biasa aje. Ada orang lain yang lebih hebat dan teruk ujian yang Allah beri. Saya reda apa juga ujian yang Allah berikan kepada saya. Allah nak uji,tahap keimanan saya,kesabaran saya dan sebagainya.
Saya rasa saya dapat laluinya. Perit memang perit,kalau boleh saya dah tak mahu,nak tengok HKL,terutama klinik Onkologi. Itulah rumah kedua saya,masa itu. Sekiranya ada ujian Allah berikan kepada saya selepas ini,saya dah bersedia menghadapi-nya. Ujian begini menjadikan saya lebih sensitif apabila mendengar ada kematian,lebih-lebih anak-anak kecil yang kematian emak dan ayah. Ini disebabkan saya merasai,macamana ditinggal oleh arwah isteri dan macamana nak membesarkan anak tanpa emaknya.