Monday, February 16, 2009

Tag.

Nak sambung tag tadi dah terpost:-

7. Umur dah meningkat,saya lebih ingat kepada kematian dan berdoa agar saya dimatikan dalam keadaan beriman.

8. Cepat rasa kasihan kepada benda-benda yang sedih,contoh kat Gaza.

9.Bersyukur dengan apa yang Allah berikan kepada saya selama ini.

10.Suka kepada kedamaian dan ketenangan.

11. Tidak suka kepada orang yang penipu dan talam dua muka.

Nanti fikir lagi.
.Syarat dan peraturannya adalah;
Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh, ataupun hala tuju hidup anda
Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini
Sila tanda manusia yang telah menanda anda diperingkat awal
Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupny ketika bayi.Aku tak pernah mengtag-tag ni.

MJ yang tag aku.

1. Saya seorang yang peramah dan baik budi bahasa.

2.Hobi suka jogging setiap pagi dan senam robik setiap pagi Sabtu dan Ahad.

3.Lepas isteri dan emak meninggal menjadi sensitif kalo ada kematian.

4. Suka memasak terutama muffin dan kek.

5. Suka mengaji al-quran,walaupun belum banyak yang perlu diperbaiki.

6. Suka pendam perasaan dan susah meluahkan apa juga kepada seorang walaupun isteri sendiri.