Friday, October 24, 2008

Al-fatihah buat bonda tersayang 1

Pada pagi 21/10/2008,lebihkurang pukul 2.50pagi,saya dikejutkan dengan panggilan telefon daripada adik di Kajang mengatakan emak masuk ICU diHospital Pantai Puteri, Ipoh. Tersentap daripada tidur mendapat panggilan tersebut. Macam tidak percaya,kerana hari Jumaat yang lepas,baru telipon emak bertanyakan khabar. Emak kata baik,puasa enam dah masuk hari yg kelima,Sabtu atau Ahad habis. Baru pukul 8.00malam tadi ,adik di Kajang telefon,emak suruh balik hari Ahad ini,ada baca doa selamat untuk adik yang balik dari Pakistan. Juga emak kata nak buat lemang untuk adik yang tidak dapat meraikan hari raya dengan kami. Dalam hati mana mungkin emak masuk ICU,apa sakit emak,semuanya berlegar difikiran saya.
Dalam masa itu saya suruh mama Ammar mengemaskan pakaian mana yang patut untuk dibawa balik kekampung. Kemudian saya telefon kakak di Ipoh,memang emak masuk wad ICU. Cerita kakak,pada hari Isnin pagi,emak merasa sakit pinggang,kemudian ayah bawa pergi keklinik dipekan Gopeng. Pihak klinik mengatakan tiada apa-apa penyakit,cuma penyakit gastrik yang biasa emak hidapi. Pada sebelah petang,sakit pinggang emak bertambah,emak minta ayah menghantar kerumah kakak Hasmah di Lahat. Datang Kak Ani dan suaminya membawa emak kerumah Hasmah di Lahat. Keadaan emak macam itu juga. Pada pukul 12.00 tengah malam,disebabkan kesakitan yang tidak tertahan,emak meminta di hantar kehospital. Sampai dihospital emak dimasukkan kedalam wad biasa dan keadaan emak stabil.
Saya telefon kali yang kedua,Hasmah bagi tahu tak payah balik,keadaan emak dah stabil. Memandangkan Ammar sedang menghadapi peperiksaan akhir tahun,saya bagi tahu yang saya akan balik ke Ipoh selepas hantar Ammar sekolah. Pukul 5.30 dapat panggilan yang emak dihantar ke ICU setelah keadaan emak agak kritikal. Saya pun bergegas balik keIpoh,sementelah pakaian sudah siap dalam kereta. Dalam perjalanan dapat panggilan yang mengatakan emak telah meninggalkan kami buat selama-lamanya.
Tidak tahu perasaan saya masa itu,tapi saya gagahkan bawa kereta juga. Saya kata kepada mama Ammar,ini ujian saya kali yang kedua yang buat saya,tapi saya reda. Ya Allah,kalau benar engkau ambil emakku,aku reda. Kerana setiap orang yang kita sayang, Allah lebih sayang daripada kita. Nanti saya sambung balik....sebak rasa hati......