Wednesday, September 3, 2008

Kisah Ammar berpuasa.

Saya dan mama Ammar berpuasa saperti biasa. Juadah berbuka,saya beli satu jenis lauk dan kuih kegemaran saya. Mama Ammar akan beli dua jenis lauk. Selalunya sayur kami masak sendiri. Biasalah nasi makanan yang patut dimakan selepas azan maghrib. Sudah terbiasa daripada dahulu,kami berbuka makan nasi,barulah solat maghrib. Bersahur,selalunya masak nasi goreng. Kalau nasi goreng,jalan sikit nak makan.
Yang masalah-nya bulan puasa ni si-Ammar. Usia 8 tahun belum sampai puasa. Hari permulaan puasa,puasa sampai pukul 3 petang. Sedang kami terlelap sekejap,Ammar dah minum air teh 'o' kat peti sejuk. Dia minum air aje,makan masa kami berbuka. Hari kedua,dah mula sekolah tapi sekolah agama cuti. Duduk kat Taska,balik menangis-nangis nak minum,kami cakap tunggu la sekejap,tapi pukul 7ptg dah berbuka,itu pun minum aje. Bersahur,waktu yang paling susah nak kejut. Tapi,kalau nak pergi solat Tarawikh kat surau,Ammar la orang yang pergi dulu.
Hari yang ketiga,bangun juga bersahur,tapi seksa yang amat,makan sedikit dan terus tidur. Balik dari sekolah agama,tanya Ammar puasa,puasa katanya. Ambik beg kat Taska,pembantu Taska tu kata,Ammar tak puasa,dah makan masa balik sekolah. Hari ini dah liat sangat nak bangun,jadi tak payah puasa. Antar beg kat Taska,cakap pembantu Taska tu,kalau ada makanan beri Ammar makan.
Ada dengan ceramah Ustaz Harun Din,kat Hidayah ari tu, dia kata,anak-anak tak digalakkan berpuasa sehingga mereka baligh. Ini disebabkan,takut terencat pembesarannya nanti. Tapi saya memang tak mengalakkan Ammar cukup puasa,cuma nak mengajar dia berpuasa sahaja. Saya tidak memaksa secara yang berlebih-lebihan.