Tuesday, September 9, 2008

Bazar Ramadan

Saya sebenarnya mengantuk ni. Tu pasal ambik masa tulis blog ni,nak hilang rasa mengantuk. Umum tadi,kalau tiba bulan Ramadan,maka banyaklah bazar Ramadan kat merata-rata tempat. Bazar Ramadan ini,diadakan untuk menyenangkan orangramai membeli juadah berbuka puasa. Bermacam-macam jenis lauk-pauk dan kueh-mueh. Setetengah daripada lauk-pauk dan kueh-mueh tersebut hanya ada pada bulan Ramadan sahaja.
Apa yang hendak saya perkatakan ialah, apakah di-bulan Ramadan yang mulia ini,adalah bulan untuk kita menjamu selera. Memang semua orang lapar dan dahaga,tetapi makan sekadarnya adalah dituntut di dalam islam. Kebanyakan peniaga di bazar Ramadan hanya memikirkan keuntungan tanpa mengira kualiti dan kebersihan makanan.
Disebabkan saya sudah terkena di Ramadan yang lepas,jadi sudah dua tahun,seboleh-boleh saya tidak membeli lauk yang berkuah. Contohnya,kari,gulai lemak dan sebagainya. Selalunya lauk saya lebih kepada sup,sambal,ikan bakar dan ayam percik. Kalau teringin hendak makan berkuah,isteri akan memasaknya kalau cuti.
Begitu juga air yang dijual dibazar Ramadan,adakah air tersebut air yang dimasak,sudah tentu tidak,jadi kita tidak tahu kebersihan air tersebut. Saya selalunya,minum air teh o suam masa berbuka dan sekali-kala,air soya panas. Satu lagi lauk sayur,susah nak dapat sayur yang segar. Selalunya mereka masak sayur sehingga hilang zatnya.
Disebabkan perkara diatas yang kita ambil sambil lewa,selalunya kita mengalami sakit perut selepas berbuka. Kita tahu,yang peniaga bazar Ramadan,dah mula berniaga,seawal pukul 3 petang. Jadi semua lauk-pauk tentulah dimasak pada waktu pagi. Kalau kita beli jam 6 petang,sudah berapa lama lauk itu terbiar begitu. Itu yang mengundang setengah daripada lauk tersebut basi.
Tip saya membeli juadah untuk berbuka ialah,saya membeli digerai yang saya biasa beli. Dimana saya tahu rasa dan kualiti makanan tersebut. Alhamdullillah,sepanjang Ramadan ni,belum ada sakit perut.