Tuesday, September 9, 2008

Bazar Ramadan

Saya sebenarnya mengantuk ni. Tu pasal ambik masa tulis blog ni,nak hilang rasa mengantuk. Umum tadi,kalau tiba bulan Ramadan,maka banyaklah bazar Ramadan kat merata-rata tempat. Bazar Ramadan ini,diadakan untuk menyenangkan orangramai membeli juadah berbuka puasa. Bermacam-macam jenis lauk-pauk dan kueh-mueh. Setetengah daripada lauk-pauk dan kueh-mueh tersebut hanya ada pada bulan Ramadan sahaja.
Apa yang hendak saya perkatakan ialah, apakah di-bulan Ramadan yang mulia ini,adalah bulan untuk kita menjamu selera. Memang semua orang lapar dan dahaga,tetapi makan sekadarnya adalah dituntut di dalam islam. Kebanyakan peniaga di bazar Ramadan hanya memikirkan keuntungan tanpa mengira kualiti dan kebersihan makanan.
Disebabkan saya sudah terkena di Ramadan yang lepas,jadi sudah dua tahun,seboleh-boleh saya tidak membeli lauk yang berkuah. Contohnya,kari,gulai lemak dan sebagainya. Selalunya lauk saya lebih kepada sup,sambal,ikan bakar dan ayam percik. Kalau teringin hendak makan berkuah,isteri akan memasaknya kalau cuti.
Begitu juga air yang dijual dibazar Ramadan,adakah air tersebut air yang dimasak,sudah tentu tidak,jadi kita tidak tahu kebersihan air tersebut. Saya selalunya,minum air teh o suam masa berbuka dan sekali-kala,air soya panas. Satu lagi lauk sayur,susah nak dapat sayur yang segar. Selalunya mereka masak sayur sehingga hilang zatnya.
Disebabkan perkara diatas yang kita ambil sambil lewa,selalunya kita mengalami sakit perut selepas berbuka. Kita tahu,yang peniaga bazar Ramadan,dah mula berniaga,seawal pukul 3 petang. Jadi semua lauk-pauk tentulah dimasak pada waktu pagi. Kalau kita beli jam 6 petang,sudah berapa lama lauk itu terbiar begitu. Itu yang mengundang setengah daripada lauk tersebut basi.
Tip saya membeli juadah untuk berbuka ialah,saya membeli digerai yang saya biasa beli. Dimana saya tahu rasa dan kualiti makanan tersebut. Alhamdullillah,sepanjang Ramadan ni,belum ada sakit perut.

3 comments:

zulsa @ Ahmad Faizul Bakti said...

Bang kedai mana yg abg selalu beli.. kongsi lah ngan kami

Anonymous said...

HP...

ms sy masih kat SU last year ramadhan la kami anak branak masuk sepital (my huby + 2 anak dara) sbb keracunan mknan... beli kat pasar ramadhan... kari ayam yg dah tercemar...

huh 3 hari kat hsptl menyebabkan sy fobia dah nak beli lauk pauk yg di masak awal... kalo nak beli pun beli yg baru dimasak such ayam goreng ke roti john ke... mmg seriau kalo kena cirit birit... pulak tu kalo anak pun kena.. sian tul...

tingat tahun lepas sy buat pantun utk peniaga2 tu kat SU.net

read this posted 20/9/07

Pelbagai juadah berbuka puasa
Lalat berterbangan disini sana
wahai peniaga hati2 la yer
kebersihan itu paling utama

kuih x enak dahi mengkerut
ikat rambut pakai reben
lepas mkn abis satu family sakit perut
janji!!!! pasni gerai tu kena ban

dalam pd gerai yg jual makanan x bersih
ade jugak yg mmg fu-yooohhh ok sgt
kpd sume peniaga bkn ku sisih
sbb dah terkena tu yg beringat

from : bunga001

hang perak said...

Tul bunga,saya masih ingat lagi tu.
Zulsa,saya selalu beli lauk kat Makcik yg jual nasi lemak kat SU2,dekat 7eleven,kuih pun sama. Dia ada jual kat bazar ramadan,cubalah cari.