Wednesday, September 3, 2008

Kisah Ammar berpuasa.

Saya dan mama Ammar berpuasa saperti biasa. Juadah berbuka,saya beli satu jenis lauk dan kuih kegemaran saya. Mama Ammar akan beli dua jenis lauk. Selalunya sayur kami masak sendiri. Biasalah nasi makanan yang patut dimakan selepas azan maghrib. Sudah terbiasa daripada dahulu,kami berbuka makan nasi,barulah solat maghrib. Bersahur,selalunya masak nasi goreng. Kalau nasi goreng,jalan sikit nak makan.
Yang masalah-nya bulan puasa ni si-Ammar. Usia 8 tahun belum sampai puasa. Hari permulaan puasa,puasa sampai pukul 3 petang. Sedang kami terlelap sekejap,Ammar dah minum air teh 'o' kat peti sejuk. Dia minum air aje,makan masa kami berbuka. Hari kedua,dah mula sekolah tapi sekolah agama cuti. Duduk kat Taska,balik menangis-nangis nak minum,kami cakap tunggu la sekejap,tapi pukul 7ptg dah berbuka,itu pun minum aje. Bersahur,waktu yang paling susah nak kejut. Tapi,kalau nak pergi solat Tarawikh kat surau,Ammar la orang yang pergi dulu.
Hari yang ketiga,bangun juga bersahur,tapi seksa yang amat,makan sedikit dan terus tidur. Balik dari sekolah agama,tanya Ammar puasa,puasa katanya. Ambik beg kat Taska,pembantu Taska tu kata,Ammar tak puasa,dah makan masa balik sekolah. Hari ini dah liat sangat nak bangun,jadi tak payah puasa. Antar beg kat Taska,cakap pembantu Taska tu,kalau ada makanan beri Ammar makan.
Ada dengan ceramah Ustaz Harun Din,kat Hidayah ari tu, dia kata,anak-anak tak digalakkan berpuasa sehingga mereka baligh. Ini disebabkan,takut terencat pembesarannya nanti. Tapi saya memang tak mengalakkan Ammar cukup puasa,cuma nak mengajar dia berpuasa sahaja. Saya tidak memaksa secara yang berlebih-lebihan.

2 comments:

Anonymous said...

anak2 saya pun yg umur 8 & 6 puasa mana larat jer.. smlm yg 8 tahun tu sakit perut so balik sklh keb terus mintak buka posa, bagi jer laa..abis tu adiknya dh nampak kakak minum, dia pun nak minum jugak laa.. pastu siap mintak 50sen sbb posa sekerat hari.. !!
(saya bagi upah sehari singgit..!! err.. takper kot umpan gitew..!! hehe)

~cik ketumbar~

hang perak said...

Betul cik ketumbar,tak payah paksa-paksa bebudak ni puasa,insyaallah,kalo kita didik dgn solat dan mengaji,puasa tu akan datang dengan sendiri.