Tuesday, October 7, 2008

Hari Raya Aidil Fitri Hari Pertama.

Saya dan keluarga bertolak dari SU ke Gopeng pada 27/9/08 pada jam 7.00 pagi. Perjalanan lancar dan sampai ke Gopeng pada pukul 9.30pagi. Sesampai rumah emak,terus tukar pakaian dan mesin rumput halaman rumah emak. Ini sudah menjadi 'routine' kalau saya balik kampung,mesti mesin rumput. Habis memesin rumput dalam pukul 10.30pagi dan menjala ikan dikolam ayah. Dengan enam kali tebar sahaja,penuh satu baldi dengan ikan talapia,lampan jawa.
Adik dari Kajang dan kakak dari Ipoh dah sampai kerumah emak.
Petang tu,kami berbuka puasa dengan ikan bakar dan masakan kampung,sampai tersandar kekenyangan. Malam solat tarawih kat masjid yang dekat dengan rumah. Masjid kampung solat tarawih 21 rakaat termasuk witir,disebabkan sudah terbiasa kat Hidayah 11 rakaat termasuk witir. Abis lapan rakaat buat witir tiga rakaat terus balik.
Pada hari Ahad dan Isnin balik kerumah mama Ammar di Batu Gajah. Disini tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan berbanding di Gopeng.Petang Isnin balik keGopeng balik,kerana kami hendak menyambut satu syawal di Gopeng. Semua keluarga telah balik dan berkumpul-lah kami 6 beradik. Kecuali adik yang bongsu,bertugas di Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Islamabad,Pakistan dan adik yang diKajang yang tidak balik. Emak dan kakak memasak lemang,rendang daging dan rendang hijau 'ayam pencen'. Ada satu makanan tradisi masyarakat 'Rawa' yang dipanggil 'Gelamai'. Dulu-dulu,emak akan buat setiap raya,tetapi tidak sekarang,kerana masalah kesihatan. Dengan 38 cucu dan empat cicit,memang meriah,setiap kali makan,macam kenduri. Cucu-cucu emak,ramai perempuan daripada lelaki dan sedang meningkat remaja.
Pagi raya,kami ramai-ramai pergi solat raya dekat masjid. Penuh masjid dengan anak-anak perantau yang balik beraya dekat kampung. Usai solat sunat raya,kami pun bermaaf-maafan sesama emak-ayah,adik-beradik dan anak saudara. Juga sessi bergambar yang telah menjadi kemestian setiap raya. Selepas itu saya dan Ammar pergi menziarahi pusara emak Ammar.,kemudian kami pergi beraya di rumah nenek dan datuk sebelah emak Ammar. Rumah mereka tidak jauh dari rumah saya. Lebihkurang 3km sahaja.
Kasihan saya jumpa dengan bekas emak metua dahulu,tidak berapa sihat,begitu juga dengan bekas bapa mentua,juga tidak berapa sihat. Emak mentua berumur dlm 80tahun dan bapa mentua dalam 90tahun. Mereka masih ingat arwah emak Ammar yang tidak pernah lekang daripada ingatan mereka,sementelah emak Ammar anak yang bongsu.Balik rumah emak dah dekat Zohur,makan tengahari. Pergi beraya kerumah emak saudara dan saudara-mara yang lain. Kami bercadang nak balik ke Batu Gajah,lepas Asar,kerana pada hari raya kedua, kami dan keluarga belah mama Ammar hendak pergi ke Lumut.

3 comments:

cikliah said...

Rasanya bukan bekas mak/pak mertua. Dorang masih lagi dan tak akan hilang pertalian tersebut. Selamanya masih mak/pak mertua HP. Hubungan antara kita dan mertua selamanya tidak akan terputus.
Wallahu'alam.

hang perak said...

Betul cikliah,pertalian tu masih tak putus,Ammar masih cucu mereka.
Emak pun selalu berpesan,selagi mereka hidup pertalian itu tetap ada,takkan putus.

Anonymous said...

kat sini bukan takat tak hilang pertalian, tapi panggilan itu tetap akan kekal... bukan atas sebab ammar masih cucu.. begitulah indahnya islam ini. menjaga hubungan sesama manusia. ibu dan bapa mertua hubungannya takkan putus hingga ke hari kiamat. malah jika ammar tiada pun, hubungan itu tetap tak putus sebab mereka itu telah menjadi mahram kita.

pabila 2 orang tua menjadi ibu bapa mertua, maka taraf mereka jatuh sama dengan ibu bapa kita. selama mana mereka hidup, kita perlu mengambil berat malah perlu ditanggunggi...