Tuesday, October 14, 2008

Masih dalam Hari Raya.'Open house'

Hari Sabtu yang lepas masih dalam mood raya. Disana sini orang membuat 'open house',kami tidak terkecuali mendapat jemputan ke 'open house'. Rumah pertama yang kami pergi adalah di Pangsapuri Mentari dekat Sunway. Kami sampai dalam pukul 12.00 tengahari dan makanan yang dihidangkan ialah nasi dagang dan nasi minyak. Juga ada keropok lekor goreng dari Terengganu.
Selepas itu kami pergi ke rumah kakak ipar di Kerinchi. Sampai di sana hujan lebat,kakak ipar menyediakan bubur keledek dan mee goreng.
Telefon anak saudara mama Ammar kat Kota Kemuning. Dia suruh kami semua datang kerumahnya malam nanti. Dia hendak buat BOQ diperkarangan rumahnya. Lepas solat maghrib kami pun bertolak ke Kota Kemuning. Semua keluarga kakak ipar berkumpul dekat situ. Ada ikan terubuk,ikan kembung,sotong,daging kambing yang telah siap dibakar. Juga ada meehoon sup. Disebabkan rumah mereka 'corner lot',jadi memang sesuailah untuk buat BOQ.
Apa lagi kami pun makan sambil bersembang. Anak-anak main dihalaman rumah dan main game kat dalam rumah. Makan-makan dan sembang-sembang kami balik dan sampai dekat SU pukul 12.00 tengah malam.
Hari Ahad adik kat Kajang SMS,ajak datang ke open house rumahnya. Setelah mengemas rumah kami pun pergi kerumah adik pada pukul 12.00 tengahari dan sampai dalam pukul 1.00 petang.
Menu yang adik sediakan ialah nasi beriani,ayam masak merah,dalca dan rendang daging. Juga ada meehoon goreng,lemang dan nasi impit. Saperti biasa lepas zohor kami pun balik. Sampai kat SU dalam pukul 5.00 petang.

3 comments:

Anonymous said...

Salam,
Puasa syawal atau puasa enam adalah ibadah sunat. Ibadah hanyalah untuk Allah Azza Wa Jalla. Tidak perlu kita hebahkan hari ke berapa kita puasa dsbnya. Dibimbangi akan berkurang pahala puasa. Cukuplah hanya Allah Azza Wa Jalla dengan kita.

Semoga anda dirahmati Allah. Sekian.

Anonymous said...

syiokk kan..weekend lepas memang x berasap dapur..hehehe

cik ketumbar

hang perak said...

Abdullah, TQ atas pesanan dan nasihat.
Cikketumbat,
Betul tu,tak berasap la rumah.