Sunday, August 24, 2008

Dapat banyak ucapan dari forumer kat SU.net. Terima kasih kerana sudi baca blog saya. Ada seorang forumer tu bagai tahu beruntung saya dapat ujian daripada Allah. Saya setuju dan saya rasa beruntung Allah beri ujian terhadap saya.

Saya rasa ujian yang Allah berikan kepada saya,tidak-lah sebesar mana dan sehebat mana,biasa aje. Ada orang lain yang lebih hebat dan teruk ujian yang Allah beri. Saya reda apa juga ujian yang Allah berikan kepada saya. Allah nak uji,tahap keimanan saya,kesabaran saya dan sebagainya.

Saya rasa saya dapat laluinya. Perit memang perit,kalau boleh saya dah tak mahu,nak tengok HKL,terutama klinik Onkologi. Itulah rumah kedua saya,masa itu. Sekiranya ada ujian Allah berikan kepada saya selepas ini,saya dah bersedia menghadapi-nya. Ujian begini menjadikan saya lebih sensitif apabila mendengar ada kematian,lebih-lebih anak-anak kecil yang kematian emak dan ayah. Ini disebabkan saya merasai,macamana ditinggal oleh arwah isteri dan macamana nak membesarkan anak tanpa emaknya.

Jadi kepada seiapa yang baca blog ini,seandainya anda menghadapi macam yang saya hadapi,hadapi-lah dengan tenang,tabah dan reda. Dampingkan diri anda dengan Allah. Insyaallah,Allah bersama dengan umatnya yang didalam kesusahan.

2 comments:

JALAN REBUNG said...

salam hang perak,

sayu saya membaca kisah tuan. tak dapat saya bayangkan bagaimana tuan menghadapi dugaan tersebut. Saya dapat blog ni dari blog cikliah (suami dia satu sekolah menengah dengan saya). Kalau ada rezeki kita akan jumpa dan boleh berkenalan dengan lebih baik.

RIZAL

hang perak said...

Salam rizal,
Ini adalah secebis ujian yg Allah berikan kepada saya.
Tq,kerana baca blog saya.