Tuesday, August 26, 2008

Hadiah buat Emak Ammar.

Setelah urusan selesai pengebumian,saya dan Ammar balik ke SU. Banyak benda yang harus diselesaikan. Ammar di jaga oleh seorang kenalan kami di Seri Pristana. Alhamdullilah,dia jaga Ammar dengan sebaiknya.

Saya pula menguruskan hal-hal berkaitan KWSP dan sebagainya. Pengeluaran KWSP-nya tidak menghadapi banyak masalah. Wang pengeluaran KWSP,sebahagian wang tersebut saya bagi kepada Emak mentua saya. Sebahagian lagi,di-simpan oleh Amanah Raya untuk Ammar. Umur Ammar 18 tahun,baru wang tersebut boleh dikeluarkan.Sebahagian lagi,saya upah haji badar untuk emak Ammar dengan Tabung Haji. Dapat juga buat pada tahun yang sama,alhamdullilah.

Mana-mana yang ada hutang emak Ammar,saya langsaikan.

Kereta Kenari atas nama emak Ammar,saya jual dan selesaikan dengan pihak bank. Saya mahu emak Ammar bebas daripada hutang. Alhamdullilah,semuanya dapat saya selesaikan. Pusara emak Ammar saya bina dengan batu marmar biru,warna kegemarannya. Itu adalah lambang cinta yang tidak berbelah bagi terhadap emak Ammar.

Pusara emak Ammar,tepi jalan lama nak ke Ipoh,jadi sekiranya kami balik kekampung,kami mesti pergi menziarahi pusaranya. Berlari-lari Ammar kalau sampai ke pusara tersebut. Walaupun saya telah berkahwin lagi,saya minta kepada mama Ammar(wife yang baru) untuk menziarahi kubur emak Ammar sampai bila-bila.

Pada setiap malam jumaat saya tidak pernah lupa menghadiahkan bacaan 'yassin' kepada emak Ammar. Pada emak Ammar,"damailah sayang dekat sana,hilanglah segala penyakit yang ditanggung,semoga Allah menempatkan roh sayang di kalangan orang yang beriman."

1 comment:

JALAN REBUNG said...

salam hang perak,

semoga emak ammar di tempatkan dikalangan org yang solehah.

RIZAL