Thursday, July 30, 2009

Salam untuk Semua.

Salam untuk semua.
Dah lama saya tak update blog ini apa. Tadi dengan disebabkan sibuk dengan kerja dan tugas yang lain-lain. Tugas di pejabat yang tak pernah habis-habis. Sementara itu mama Ammar dah mula bekerja 12 jam setiap hari. Dari pukul 7 pagi sehingga 7 malam setiap hari. Dari hari Isnin sampai Sabtu. Hari Ahad pun buat OT sehingga pukul 3 petang. Jadi kebanyakan kerja rumah saya yang buat.
Pagi bangun dari tidur....solat subuh,masak air.....dan macam-macam lain la. Juga hantar Ammar kesekolah Agama. Lepas itu saya jogging selama setengah jam. Kemudian baru pergi opis. Dekat opis,keja yang tak pernah habis-habis. Jam 6 kena balik,saya tak pernah stay back,kerana mama Ammar sampai jam 8 setiap ari. Itu la,routine saya setiap hari.
Disebabkan jogging dan senamrobik setiap hari sabtu dan ahad,berat badan saya pun dah berkurang. Juga saya amalkan diet yang sihat. Pagi saya makan roti dan kuih,tengahari makan nasi dan lauk dlm kuantiti yg sedikit dan malam makan roti. Alhamdullilah adalah perubahan pada diri saya.

No comments: