Monday, August 18, 2008

Emak Ammar Episod 3.

Episod ini adalah episod yang menyedihkan. Jadi sesiapa yang nak baca sila sediakan tisu atau sapu tangan.
Pada masa tu,ketulan kat payudara hanyalah ketulan biasa dan tidak ada rasa sakit. Jadi,emak Ammar pun tak kisah dengan benda tersebut. Tapi Allah nak menduga sekali lagi diri ini dengan dugaan yang paling hebat. Ketulan yang pada mulanya hanyalah ketulan biasa rupanya telah membesar,yang mana akhirnya kami pun membuat keputusan untuk membuat pemeriksaan dekat hospital. Pemeriksaan yang dijalankan adalah monogram dan mengambil sedikit sampel kat payudara.
Akhirnya sahlah emak Ammar mengidap penyakit kanser payudara. Sesiapa pun yang dapat tahu dirinya mengidap kanser mesti mempunyai perasaan yang berbagai-bagai. Begitu juga dengan emak Ammar,pada mulanya beliau tidak dapat menerima hakikat yang beliau mengidap penyakit kanser. Padahal selama ini emak Ammar tidak ada menghidapi masalah daripada segi kesihatan.
Saya pun pada mulanya tidak dapat menerima yang emak Ammar mengidap kanser. Kekadang saya bertanya kenapa terjadi kepada kami,sedangkan Ammar masih kecil dan memerlukan kasih seorang ibu. Kemudian terbit di fikiran saya,kalau saya juga tidak dapat menerima hakikat tersebut,macamana emak Ammar hendak yang mengidapnya penyakit yang menghadapinya.
Akhirnya,saya kumpul kekuatan untuk memberi semangat kepada emak Ammar. Kata saya,"ini semua dugaan dan cubaan daripada Allah kepada kita. Mungkin kita orang yang di pilih oleh Allah untuk menerima dugaannya. Dugaan yang samada kita reda atau tak reda menerimanya. Kita berusaha untuk berubat,kerana banyak pengakit kanser payudara yang dapat hidup dengan lebih lama selepas mendapat rawatan daripada pihak hospital. Emak Ammar cuti satu dan menangis untuk melepaskan sebak didada. Saya kata kalau itu cara yang boleh menghilangkan rasa sebak di dada,menangislah sepuasnya. Kami rasa dunia ini tidak adil terhadap saya,emak Ammar dan Ammar. Kenapa kami,kami sebuah keluarga yang bahagia. Kalau boleh kami ingin hidup dan aman selama-lamanya. Apa salah kami, emak Ammar adalah perempuan yang baik, taat terhadap suami dan sayang kepada Ammar. Ammar masih kecik dan tidak mengerti apa-apa tertentang penyakit ini.
"Ya Allah, berikah kami kekuatan untuk menghadapi apa juga yang mendatang dan rintangan selepas ini, kalau ini dugaan yang kau beri kepada kami, kami reda Ya Allah. Kuatkan-lah iman kami Ya Allah,hanya padamu tempat kami mengadu, berikan kekuatan kepada kami untuk menghadapi apa juga yang akan engkau berikan. Ya Allah,berikan kekuatan dan semangat untuk emak Ammar menghadapi penyakit yang dihadapinya. Sembuhkan-lah penyakitnya,ceriakan-lah keluarga kami Ya Allah." Itu antara doa yang saya panjatkan kepada Allah setiap kali solat.
Sebak rasa nak teruskan,nanti saya akan tulis diepisod seterusnya.

No comments: