Sunday, August 17, 2008

Kisah Emak Ammar episod 2.

Ya Allah, aku bersyukur keatas anugerah yang telah engkau berikan kepada kami. Anak yang kami tunggu selama ini telah engkau berikah kepada kami. Sukanya kami ya Allah...tiada apa yang dapat kami nak ucapkan dengan kata-kata. Setelah kami menempuh dugaan yang telah engkau berikan kepada kami. Kami reda Ya Allah dengan apa yang engkau telah duga terhadap kami. Berikan kami kekuatan untuk menghadapi hidup yang mendatang.' Ini adalah antara doa yang saya panjatkan kepada Allah, diatas apa yang telah diberikan kepada kami, semasa saya sedang bersolat.
Emak Ammar adalah orang yang paling bersyukur dan bahagia sekali dengan kehadiran Ammar dalam hidupnya. Setelah menempuh pahit getir, akhirnya anak yang selama ini diinginkan ada didepan mata. Emak Ammar menjaga Ammar bagai menatang minyak yang penuh. Semuanya kalau boleh yang berbaik untuk Ammar. Alhamdullilah, Ammar membesar dengan baik dan tiada masalah. Masa Ammar berumur 2 tahun, Allah menguji kami dengan satu ujian yang lebih besar.
Emak Ammar merasa ada ketumbuhan di buah dada pada sebelah kiri. Masa tu kecil sahaja dan tidak sakit. Sedih saya nak meneruskan cerita ini.

No comments: