Thursday, August 21, 2008

Emak Ammar episod 6.

Dengan kematian Emak Ammar berakhirlah penderitaan dan kesakitan yang di tanggung-nya selama ini. Allah menyayanginya dan tidak mahu penderitaan yang ditanggung lebih lama. Berjumpa-lah Emak Ammar dengan penciptanya. Putuslah hubungan-nya dengan kami di-dunia ini. Putuslah segala kasih dan sayang-nya selama ini kepada Ammar,anak yang disayangi-nya dan saya suami yang disayangi-nya. Putuslah juga hubungan-nya dengan ibu dan bapa yang disayangi-nya selama ini. Emak dan Ayah mentua saya masih ada,umur dalam 90an dan 80an. Memandangkan emak Ammar anak yang bongsu,emak mentua tidak dapat menerima kematiannya. Tapi kita terpaksa menerima apa jua ketentuanNya. Kita makhluk Allah,sampai masa Allah akan ambil juga kita berjumpanya. Masa dan waktu sahaja Allah yang menentukan.

Saya reda seredanya,kalau ini yang Allah dah tentukan kepada saya,saya terima qada dan qadar dari Allah. Saya bertekad akan menjaga Ammar selama-lamanya. Saya tidak boleh lemah semangat dan kesihatan harus kena jaga. Kalau saya sakit dan sebagainya,macamana saya nak jaga Ammar.

Disebabkan keluarga emak Ammar dan keluarga saya ada kat Gopeng,mayat isteri saya disemadikan di sana,tempat tanah tumpuh darahnya. Saya tabah setabahnya,macam yang saya tulis sebelum ini,airmata saya tidak menitik walaupun setitik. Emak,Ayah,Mentua semua menangis dekat saya,tapi saya kata sabar,Allah lebih menyayanginya. Itulah saya,kesabaran yang saya ada,mungkin disebabkan berbagai-bagai masalah yang saya lalui,menjadikan saya seorang yang penyabar.

Sedih tu,memang sedih,mana nak fikir Ammar masih kecik dah tak ada emak,kita dah separuh abad masih ada emak,ini kan pula Ammar,baru lima tahun dah tiada emak. Tak cukup kasih sayang. Mana saya kehilangan isteri yang saya kasihi dan sayangi. Sepuluh tahun,hidup bersama,tiba-tiba pergi ambik Allah disisinya. Kalau tak kuat iman,boleh gila dan sasau dibuatnya. Tapi saya tidak,setiap yang terjadi mungkin ada hikmah yang Allah akan berikan yang kita tak nampak.

Sepanjang mayat kat rumah Ammar duduk atas riba saya. Semua yang datang menziarahi akan menangis melihat Ammar. Mereka akan memeluk dan menciumnya. Samada kakak,abang,ipar-duai dan saudara-maranya. Saya kata kat Ammar,emak dan tak ada,Ammar jangan nangis ye...Dia macam mengerti dan diam sahaja. Segala urusan pengembumian saya bawa Ammar sekali,biar dia tahu yang emaknya,dah tiada. Alhamdullilah,dia tahu yang emaknya dah tiada. Disebabkan saya yang lebih banyak menjaganya,jadi Ammar lebih rapat kepada saya. Mungkin dia pun tahu yang emaknya sakit.


2 comments:

cikliah said...

Menitis air mata membaca urutan peristiwa. Semoga Ammar menjadi anak soleh walaupun tiada ibu kandung di sini membesarkannya...

hang perak said...

Saya pun berharap agar Ammar menjadi anak soleh.
Kalo dah sampai menitis air mata,its mean cerita saya sampai kepada pembaca.