Thursday, August 21, 2008

Emak saya.

Emak saya seorang wanita kampung yang beusia dalam sekitar 75 tahun sekarang. Seorang wanita yang tabah dalam menghadapi liku hidup. Nenek saya meninggal ketika usia emak masih kecil. Emak tidak dapat merasa hidup lama dengan Nenek. Selalu dia berkata,kami beruntung ada emak,sehingga memasing dah ada keluarga,masih ada emak. Emak berkata dia memang teringin sangat hendak emak. Setelah Nenek meninggal dunia,emak adik-beradik tinggal dengan datuk. Datuk yang membesarkan emak dan adik-beradik yang lain. Datuk tidak kahwin lain setelah nenek meninggal dunia. Jadi emak memang pernah merasa susah dan senang masa zaman Jepun dan sebagainya.
Emak kahwin dengan ayah dalam usia 12 tahun. Dulu-dulu,masa ada cinta-cinta,jodoh ditentukan oleh keluarga. Hiduplah emak dengan ayah sehingga melahirkan 11 zuriat. Tiga daripadanya meninggal dunia masa kecil. Sekarang tinggal-lah kami lapan beradik. Disebabkan ayah bekerja sebagai buruh lombong,pendapatan yang diperolehi tidak mencukupi,emak menolong ayah mencari sumber pendapatan lain.
Pagi selalunya emak akan pergi menoreh getah dikebun sendiri. Lepas tu mencari daun ubi untuk makanan ikan. Emak tidak pandai berbasikal,jadi semua kerja dilakukan dengan berjalan kaki. Petang emak akan pergi mengambil upah 'cabut kacang tanah' di kebun orang yang tanam kacang tanah. Bayaran berpandukan satu tin minyak tanah bersamaan RM0.80,saya pun dah lupa.Macamana saya tahu,saya dan adik beradik yang lain,lepas sekolah akan pergi tolong emak. Seronok,kebanyakan suri rumah kat kampung buat kerja itu.
Ada masa emak akan pergi mendulang bijih. Selalunya dikawasan yang telah dikenal pasti akan ada bijih. Juga,dikawasan lombong tinggal. Saya pun ada ikut,tapi masa tu kecik,pergi pun main-main aje. Setiap kaum ibu di daerah saya dapat lesen mendulang. Setiap bulan,lesen tersebut kena cop kat kedai bijih dipekan Gopeng,sebagai hasilnya,pekedai bijih akan beri wang,berapa wangnya,saya kurang pasti.
Macam-macam kerja yang emak lakukan. Emak juga seorang yang pentingkan pelajaran,walaupun dia sendiri buta huruf. Saya ingat masa abang,nak masuk kesekolah menengah,dulu mana ada buku pinjaman. Emak akan bertanya sepupu yang lain sekiranya mereka ada buku yang boleh diguna.Emak juga taat kat suami,sekiranya ayah syif petang,balik malam,untuk memanaskan nasi untuk ayah,emak akan balutkan bekas nasi tersebut dengan kain. Dengan ini nasi sentiasa panas.
Tabiaat ayah sampai sekarang,ialah makan mesti terhidang,ayah tak pandai makan nasi kandar macam kita. Jadi emak kena hidangkan makanan setiap kali makan. Juga,semasa makan,emak mesti duduk sekali,walaupun emak tak makan.Emak seorang yang sensitif terhadap anak-anak,sekiranya kita tidak telefon dia akan risau. Semasa kematian isteri hari tu,emak setiap hari akan ingat apa saya dan ammar makan,sakitkah kami dan sebagainya.
Setiap kali saya telefon,emak mesti menangis mengenangkan kami dua beranak. Itulah sikap emak yang begitu sayangkan anak-anak dan menantu. Walaupun,saya dah ada penganti,tapi ingatan emak terhadap arwah isteri saya amat mendalam.Satu lagi yang menjadi trend kami adik-beradik,kalau balik ke rumah memasing atau balik SU,mesti peluk emak dan cium emak,dan emak akan menangis. Dengan saya dan Ammar,emak berlebih sikit,bukan apa ,memandangkan keadaan kami dua beranak yang duduk kat SU dan keadaan Ammar yang kecik tiada emak. Pasal emak dan merasa kehilangan nenek masa kecil.
Itulah emak saya,emak yang tiada tolok bandingnya didunia ini. Emak pandai segala-galanya,yang paling tidak boleh lawan adalah masakan emak. Ya Allah,panjangkanlah umur emak,bahagiakan hidup emak,setelah menempuh apa juga rintangan hidup ini. Untuk emak serangkap pantun dari saya.
Nasi Lemak buah keranji
Buah keranji dari darat
Kasih emak kasih sejati
Kasih dunia juga akhirat

No comments: