Friday, August 15, 2008

Salam Perkenalan.

Salam perkenalan dari saya.
Nama saya Hang Perak.
Saya dilahirkan diGopeng,Perak tapi sekarang menetap di Saujana Utama.
Saya mempunyai seorang anak berusia 8 tahun dan mempunyai isteri.
Isteri saya yang pertama meninggal dunia dalam tahun 2005 akibat barah payudara.
Setelah tiga tahun mengharungi hidup dan membesarkan anak,pada 15 March 2008 selepas 1 tahun bercinta saya telah berkahwin dengan isteri saya yang kedua. Nanti saya akan ceritakan kisah-kisah tentang arwah isteri saya melawan penyakit barah payudara sehingga dia meninggal dunia. Juga,akan saya ceritakan kisah percintaan saya dengan isteri kedua saya. Saya bersyukur kehadrat Ilahi kerana telah memberikan kekuatan dan ketabahan diri ini dalam mengharungi liku-liku hidup ini. Nanti akan saya tulis kat blog ni. Saya juga bersyukur kepada Ilahi keatas cubaan yang Allah berikan kepada diri ini. Tadi saya tabah dan berjaya mengharungi-nya. Apa yang penting ialah kekuatan iman yang ada pada diri ini. Ini menjadikan diri ini lebih kuat dan tabah dalam menghadapi hidup ini.

1 comment:

cikliah said...

A very good start indeed !
Congratulations !
Teruskan menulis... :D