Sunday, August 17, 2008

Kisah Emak Ammar episod 1.

Hang Perak menulis lagi...
Saya kahwin dengan emak Ammar pada tahun 90 an. Emak Ammar dan saya satu daerah tapi kampung lain-lain. Jarak antara kampung saya dangan kampung emak Ammar dalam 2km. Jodoh kami diikat atas tali persaudaraan. Walaupun satu sekolah tapi kami tidak berapa rapat. Saya mengenali emak Ammar tapi dengan cara jauh sahaja.
Tadi disebabkan nenek Ammar hendak merapatkan saudara,jadi disebabkan masa tu,saya belum berkahwin,jadi mereka hendak jodohkan saya dengan anaknya. Saya pun tanpa banyak 'songeh' setuju aje.
Setelah enam bulan bertunang kami pun berkahwin. Kemudian kami hidup la kami sebagai suami isteri. Ya, kami bahagia dan saya rasa Allah telah berikan jodoh yang terbaik kepada saya. Setelah enam bulan kawin emak Ammar di sahkan mengandung,siapa yang tidak gembira mendengar berita tersebut. Jadi kami pun menjaga kandungan tersebut dengan sebaiknya. Tapi Allah nak duga kami, setelah usia kandungan enam bulan, tanpa ada apa-apa sebab,emak Ammar keguguran. Disebabkan usia kandungan enam bulan,bayi keluar cukup sifat dan bayi tersebut bayi lelaki. Betapa kecewanya kami suami-isteri,hanya Allah yang tahu. Saya bagi semangat kat Emak Ammar,insyaallah kita akan cuba lagi. Allah duga saya dan emak Ammar sebanyak tiga keguguran. Yang kedua,masa tu kecik sangat dalam 2 minggu dan yang ketiga sama dengan yang pertama,enam bulan kandungan dan lelaki juga.
Kami tidak putus asa dan mencuba lagi dan akhirnya pada tahun 1999 ,Emak Ammar pun disahkan mengandung. Disebabkan dah 'history' tiga kali keguguran,mengandung kali ini terus di rujuk kepada doktor pakar kat Hospital Kajang. Masa tu pakar yang ambik kes Ammar,Doktor Madhu,tak silap saya. Masa tu kami memang beringat sesangat,angkat berat memang tak boleh,melangkah longkang pun tak boleh. Sampai Emak Ammar ada cakap, Bang,"kalau jadi macam kes yang terdahulu(gugur lagi)boleh gila saya dibuatnya". Bayangkan betapa teringin emak Ammar nak anak.
Disebabkan tiga kali keguguran,doktor pakar sahkan yang rahim emak Ammar tak kuat. Bila usia kandungan membesar,rahim tak dapat menampung berat bayi dan akan keluar dengan sendirinya. Masa kandungan empat bulan,Doktor Madhu akan 'mengikat' rahim emak Ammar untuk menguatkan rahim emak Ammar. Selepas diikat bermulalah episod kami menjaga kandungan tersebut. Sampaikan nak naik kereta berjalan jauh pun emak Ammar tak mahu,takut baby terentak dan sebagainya. Kandungan pun ok dan keadaan bayi pun ok. Sampai kandungan lapan bulan,emak Ammar tidak boleh bergerak kerana kandungan besar.
Akhirnya, kandungan hendak bersalin doktor Madhu akan membuka jahit rahim tersebut.
Lupa plak nak cerita pasai 'mengikat rahim',dia macam belon yang mana kita akan ikat kat bahagian yg bawah.
Selepas membuka ikatan tersebut, maka bermulalah episod kelahiran pulak. Masuk wad bersalin pada pagi dan terus masuk ke labour room. Bukaan dah 7cm,tapi baby tak keluar-luar juga. Akhirnya pukul tiga petang,emak Ammar pun minta kebenaran kepada doktor untuk buat 'pebedahan',doktor pun setuju kerana dan lama dan takut terjadi apa-apa. Maka masuk la dewan pembedahan dan akhirnya pada pukul 6.00ptg lahirlah Muhd Ammar yang kami tunggu-tunggu selama ini. Berat Ammar masa tu 4kg, padanlah emak Ammar tak boleh melahirkan secara normal,Ammar besar. Ini episod yang pertama,nanti saya akan cerita episod yang seterusnya.

No comments: