Tuesday, November 11, 2008

Salam untuk semua.

Agak lama juga saya tidak menulis dekat blog ini,disebabkan masa yang tidak menyebelahi dan banyak kerja-kerja pejabat yang perlu dibereskan. Juga,saya perlukan ketenangan diri setelah kematian bonda yang tersayang. Sekarang saya sudah dapat menerima apa juga yang telah Allah s.a.w berikan kepada saya. Satu saja motto yang saya pegang, setiap apa yang kita sayang,satu hari nanti akan berpisah juga kita. Setiap apa yang kita sayang,itu semua adalah hak Allah s.a.w. Kita hanya menumpang sayang sekejap sahaja. Kalau kita berpegang dengan kata-kata itu, insyaallah kita akan redha dengan apa yang Allah berikan kepada kita.
Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesuyukuran kepada Allah s.a.w diatas dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki yang di-beri. Juga,diatas segala nikmat dan hidayah sehingga saya dapat menghirup udara segar lagi. Masih dapat makan,sihat,dan dapat menunaikan ibadat kepada Allah s.a.w. Juga mendapat kasih dan sayang daripada isteri dan dapat melihat anak lagi.
Setelah mengalami bermacam-macam dugaan, saya lebih yakin dan tabah dalam menghadapi hidup ini. Saya rasa cukup setakat ini,ada masa saya tulis lagi.

2 comments:

Lan Rambai said...

ajal itu wajib kan. tak org tersayang.. kita dulu. tak boleh lari punya.

hang perak said...

Lan,saya setuju pendapat tu,tapi belum merasa,kalau sesiapa yang dah merasa kehilangan orang yang tersayang akan terasa saperti apa yang saya rasa.But,'live must going on'.