Monday, November 17, 2008

Minyak Turun.

Ini pasal minyak yang sedang turun sehingga RM2.00 per liter. Saya setuju bebonar dengan penurunan harga minyak. Dengan masalah ekonomi global yang tidak menentu,sekurang-kurangnya dapat menggurangkan beban pengguna. Pada mendapat saya harga minyak dikira murah sekiranya harga kurang daripada RM2.00 per liter.
Jadi saya berharap agar penghujung tahun ini biarlah harga minyak dikurangkan lagi dan menjadi dibawah RM2.00 per liter. Sudah menjadi kelaziman kita yang hidup di Malaysia ini,kalau harga minyak naik secara otomotik harga barangan lain naik. Dari yang sebesar-besar barang saperti lori,kereta kepada sekecil-kecil barang,contohnya kuih-muih dan nasi lemak.
Juga menjadi kelaziman bagi kita di Malaysia,seandainya ada penurunan harga minyak, begitu susah peniaga nak menurunkan harga barangan. Yang susah kita sebagai pengguna.
Saya ingat lagi, masa minyak naik hari tu,secara otomotik tambang Van Ammar naik dalam RM5 dan RM3.
Ini harga minyak dah turun,harga tambang van masih sama. Jadi kita fikirkanlah bersama,apa penyebab yang menjadikan perkara ini berlaku?.

No comments: