Wednesday, August 20, 2008

Emar Ammar episod 5.

Terima kasih kepada yang membaca blog saya. Tujuan saya tulis kat blog ni,hanya nak menulis apa yang terbuku didalam hati ini selama ini.
Setelah sel kanser tersebut menyerang keparu-paru emak Ammar,keadaan kesihatan emak Ammar tidak begitu baik. Badan menjadi kurus, kerana tidak lalu makan. Nafas pun tersekat-sekat kerana sel kanser tersebut menyerang paru-paru. Tapi routine perubatan kena teruskan juga. Kali ini kena buat radioterapi kal HKL sebanyak 20 kali. Bayangkan baru habis kimoterapi ,kena buat yang lain pulak. Tetapi disebabkan mengenangkan Ammar,emak Ammar pun ikut juga. Kekadang saya pun terdetik di hati,Ya Allah,kalau diri ini yang ditakdirkan terjadi begini, adakah aku akan setabah emak Ammar menghadapinya.
Masa tu emak Ammar kena tinggal wad,tetapi memandangkan buat radioterapi tersebut hanya sekitar 10-20 minit saja,emak Ammar mengambil keputusan untuk berulang. Akhirnya,habis juga radioterapi tersebut. Keadaan emak Ammar masa tu susah nak dikatakan. Tapi saya dah reda dengan apa juga yang akan terjadi terhadap emak Ammar. Kasihan saya melihat penderitaan yang ditanggung olehnya. Kekadang, terdetik juga kat hati, Ya Allah,kalau engkau boleh memindahkan apa yang di rasai oleh Emak Ammar,engkau pindahlah kepada-ku. Biar aku merasa apa yang emak Ammar rasai.
Keadaan emak Ammar,walau pun tidak baring aje,tapi tidak boleh membuat apa-apa kerja. Sampaikan mandi dan buang air besar saya kena tolong. Satu petang,saya bawa emak Ammar dan Ammar main kat padang Jln Anggerik. Melihat Ammar gembira bermain,Emak Ammar pun berkata. Bang,"sian kan Ammar,kalau emaknya tiada,ammar masih kecil dah tiada emak". Saya jawap, "Itu semua Allah yang berkuasa,kalau Ia nak mengambil nyawa kita,tak semestinya yang sakit,yang sihat pun boleh meninggal. Saya berjanji akan menjaga Ammar selama-lamanya,jangan risau",kata saya.
Akhirnya, pada 23hb April 2005,emak Ammar pun dipanggil Allah. Saya pernah berdoa masa solat, Ya Allah,aku reda atas apa yang akan terjadi seterusnya. Disebabkan saya dan puas menjaganya,pada masa nazaknya dan kematian saya tidak mengeluarkan air-mata walau-pun setitik.
Cukup setakat ni....sedih saya nak meneruskan episod ini.

No comments: